Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya adalah salah satu inisiatif Muslim Volunteer Malaysia dalam turut sama memberi bantuan kemanusiaan di peringkat global.
Sejak 2017, kami telah berjaya mengumpul sebanyak RM150,000 dana sumbangan dan menghantar sendiri bantuan kepada pelarian Rohingya yang kini hidup sehelai sepinggang.
Antara bantuan yang telah dihantar adalah bantuan khemah, bantuan makanan asas, bantuan kebersihan, bantuan pendidikan dan keceriaan dan bantuan umum.
Tahun 2018 pula, MVM menyasarkan bantuan dalam bentuk jangka masa panjang dengan memperuntukkan RM250,000. Selain itu, MVM juga memperuntukkan RM200,000 untuk bantuan di bulan Ramadahan. Dengan ini, jumlah dana keseluruhan 2018 adalah sebanyak RM450,000.